Wednesday, April 7, 2010

Perjalanan ke Kg Marhum

Hari ni aku naik bas ngan student. Satu seat dgn x-president MPP UMP. Aku perhati semua tido. adala yg sesat sorang dua yg x tido, melayan perasaan. Memang meletihkan naik bas, aku baru rasa sehari dah bosan giler, yg student hari2 naik bas, tak tau la aper dieorg rasa, lagi la azab..

Sambil baca buku tulisan Dr Asri, aku sempat la borak dgn x-MPP tu. Yang menarik hati aku adalah berkaitan dengan kolej kediaman di Kampus Pekan. Ada beberapa perkara yang terlintas di fikiran aku:

1. Mana mungkin bulan Mei kolej kediaman pelajar kampus Pakan akan siap sepenuhnya, aku tak yakin. Bukan nak menunjuk lagak, cuma ada la experience sikit dgn civil work ni. Masa aku kat industri, kerja buat jamban pun contractor minta extend. Inikan pula bangunan kediaman untuk lebih kurang 640 orang.

2. Dengan keadaan yang ada sekarang, ia tak condusive. mana kafe, mana kedai fotostat, mana surau/masjid yg selesa, mana tempat riadah yang sesuai? Bila kita ckp pasal hak, semua org cakap 'timbang rasalah, kita universiti baru nak membangun'. Ungkapan tu memang betul, tapi sebelum berkata mcm tu, kena akuilah hak student. Sebab itu dah dijanjikan kepada student. Jgn ingat benda ni tak dipersoalkan di akhirat kelak. Langsung tiada rasa bersalah terhadap student.

3. Rasa bersyukur sangat aku dapat masuk U yang establish masa undergrad dulu. And aku tabik kat budak2 UMP yang cekal datang ke Pekan hari2. Syabas, InsyaAllah, jika berjuang ikhlas kerana Allah, anda semua akan berjaya..

Rasanya itu sahaja yang aku dapat fikirkan, Nak tulis lebih2, takut akan menimbulkan pertikaian..

No comments:

Post a Comment