Wednesday, April 28, 2010

Perbetulkan niat

Dalam hidup ini kita kena perbetulkan niat kita. Jangan kejar sesuatu itu kerana ia adalah perangkap dunia semata-mata. Confirmation, Ds52, pangkat dan sebagainya adalah ujian bagi kita. Tapi ade juga dalam diam-diam, org menyalahgunakan kedudukan pangkat/ membuat keputusan untuk kepentingan sendiri. Terutamanya orang-orang politik. Rakus betul dunia. Bila berada di puncak, segala-galanya betul bagi seseorang itu. Amanah di buang ke tanah, tanggungjawab yg diberikan dijalankan dengan lembab, kepentingan organisasi disensasi, padahal kepentingan peribadi terselit di tepi, keputusan hanya lisan, namun tindakan tidak dijalankan, duit rakyat jadi duit kaum kerabat, yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya, harap dapat perbetulkan keadaan tetapi menambahkan kekusutan. Hanya mengingatkan diri sendiri, agar dijauhi sifat terkeji.

No comments:

Post a Comment