Aku ada baca satu buku dan aku terkejut dan terkedu dengan rangkap pertama dalam prakata buku tersebut. Ia berbunyi:
"Kita tidak dipandang tinggi jika hanya dikenali sebagai orang bijak pandai tetapi tidak berduit. Ini kerana, kita mempunyai risiko dibeli oleh orang lain. Ini yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini. Orang yang berpelajaran terpaksa mengikut telunjuk orang yang membelinya. Kadangkala mereka terpaksa melakukan perkara yang menyalahi agama dan undang-undang. Sebahagian daripada mereka menggunakan orang pandai bagi mengaut keuntungan dengan cara yang salah."
Fikir-fikirkanlah wahai pekerja-pekerja yang bermajikan...
Tuesday, May 11, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Bila I nak U
Bila i nak u,
Masa tu u lari lintang pukang
Kalau nak jumpa, u kata tak boleh datang
Macam-macam helah yang u pasang
Kalau selisih bahu pun u dah tak nak pandang
Apatah lagi kalau nak ajak bersembang
Tak boleh bazir masa, u kata masa itu wang
Dibelakang i macam-macam u pi canang
Dari dalam kain sampai yang terang benderang
Kat kawan-kawan u kata i ni insan malang
Kalau buat kawan, nanti hidup tak akan senang
Kalau nak ajak minum pun tak boleh sampai petang
Kalu dulu boleh minum free tapi sekarang kena kira hutang
Nak pinjam duit u kata u pun hutang keliling pinggang
Katanya, wallet pun dah kering kontang
Kalau nak join bisnes u, u kata dah cukup orang
Kalau nak join, tunggu bisnes yang dia tengah rancang
Tapi untung jangan pulak nak kencang
Semuanya u yang akan bentang
Kalau i dapat 1%, jangan pulak nak meradang
Kata u, i ni jenis 'kaki goyang'
kerja malas, idea tak bernas dan jangan harap nak senang lenang
11.40 am 6 May 2010

Bila U nak I
Bila u nak i,
Hari-hari datang bertandang
Tak kira malam atau siang
Setiap masa boleh dibawa sembang
Puji-pujian dihambur tak lekang
Semua yang i kata u tak akan bangkang
Semua yang i bangkang semua u tak tentang
U kata akan sentiasa berada di depan dan belakang
Walau dihina, dikeji atau dibuang
Kalau orang benci u akan sayang...
Kata u, jangan risau pasal wang
Breakfast, lunch, dinner biar u sahaja yang sumbang
Apatah lagi kalau nak karaoke atau tengok wayang
Semua yang i nak bayar u larang
Katanya u suka buat kawan-kawan riang..
Kalau ada bisnes pulak, katanya nak tumpang
Kalau buat ramai-ramai baru boleh berkembang
Untung plak biarlah seimbang
Walaupun kerja yang u buat boleh dibilang...

Monday, May 3, 2010
Sabar
Hari ni hamba ada baca satu artikel. Kalau berdasarkan tajuk memang tak berapa menarik pun, "Bukan Cinta Biasa". Tergerak hati untuk membaca kerana mungkin ada hidden story dalam artikel ini. Ya, mengisahkan nilai kasih sayang dan cinta dalam rumah tangga dengan mengambil contoh persoalan keimanan Siti Hajar bila ditinggal Nabi Ibrahim a.s dan peyembahan korban Nabi Ismail a.s, anakanda tercinta. Cinta mutlak adalah kepada Allah swt semata-mata.
Apa yang menarik perhatian hamba adalah satu ungkapan dalam artikel ini.
" Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama..... tetapi oleh orang yang sabar."
Ungkapan di atas adalah merujuk kepada pasangan suami isteri dalam satu-satu perkahwinan. Tetapi bila hamba baca, hamba tidak melihat ke arah itu. Hamba cuba membawanya ke dalam erti kata kejayaan seseorang individu dalam kehidupannya. Hamba terfikir, adakah bila hamba mendapat Master, PhD, banyak menjawat jawatan, nama selalu ditutur dibibir, menjadi consultant kepada pihak lain, hamba sudah dikira berjaya? Hamba berfikir sejenak. Mungkin tidak. Kerana jika hamba tidak mendapat Master, PhD, tiada jawatan, tidak dikenali, hanya menjadi tukang cuci, hamba tidak di kira berjaya? Tidak jugak.
Hamba cuba menoleh kepada beberapa contoh yang selalu di papar kan di dada-dada akhbar. Seorang ibu tunggal yang hanya menjual kuih, dapat membesarkan kesemua anaknya hingga berjaya. Seorang bapa yang bekerja sebagai nelayan, penoreh getah, dan sebagainya, dapat mendidik anak-anak hingga menjawat jawatan tinggi dalam hidup. Ya, kita akan nampak yang si anak yang berjaya dalam hidup, bukannya si ibu atau si bapa.
Bila hamba merenung kembali, si ibu dan bapalah yang berjaya. Biarpun pendapat cuma RM10 sehari, tetapi anak-anak tidak diabaikan. Di manakah punca kekuatan mereka? Sedarlah hamba, kekuatan itu adalah kekuatan KESABARAN. Tanpan kesabaran, mana mungkin dapat mereka pikul tanggungjawab yang berat ini. Kesabaran yang ditambah dengan keimanan yang teguh kepada Allah swt serta tawakal kepadaNya.
Hamba menasihati diri hamba, apa jua yang Allah berikan, terimalah dengan redha. Memang ada sebelum ini hamba merungut jika ada yang hamba hajati tidak hamba perolehi. Biarlah ada yang mengatakan hamba dianiaya atau sebagainya, itu terserahlah kepada mereka. Setiap apa yang kita lakukan ada balasan di akhirat kelak. Yang penting bagi hamba sekarang, bersabarlah sepanjang masa, InsyaAllah kita akan berjaya..
Wasalam

Wednesday, April 28, 2010
Perbetulkan niat
Dalam hidup ini kita kena perbetulkan niat kita. Jangan kejar sesuatu itu kerana ia adalah perangkap dunia semata-mata. Confirmation, Ds52, pangkat dan sebagainya adalah ujian bagi kita. Tapi ade juga dalam diam-diam, org menyalahgunakan kedudukan pangkat/ membuat keputusan untuk kepentingan sendiri. Terutamanya orang-orang politik. Rakus betul dunia. Bila berada di puncak, segala-galanya betul bagi seseorang itu. Amanah di buang ke tanah, tanggungjawab yg diberikan dijalankan dengan lembab, kepentingan organisasi disensasi, padahal kepentingan peribadi terselit di tepi, keputusan hanya lisan, namun tindakan tidak dijalankan, duit rakyat jadi duit kaum kerabat, yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya, harap dapat perbetulkan keadaan tetapi menambahkan kekusutan. Hanya mengingatkan diri sendiri, agar dijauhi sifat terkeji.
Wednesday, April 7, 2010
Perjalanan ke Kg Marhum
Hari ni aku naik bas ngan student. Satu seat dgn x-president MPP UMP. Aku perhati semua tido. adala yg sesat sorang dua yg x tido, melayan perasaan. Memang meletihkan naik bas, aku baru rasa sehari dah bosan giler, yg student hari2 naik bas, tak tau la aper dieorg rasa, lagi la azab..
Sambil baca buku tulisan Dr Asri, aku sempat la borak dgn x-MPP tu. Yang menarik hati aku adalah berkaitan dengan kolej kediaman di Kampus Pekan. Ada beberapa perkara yang terlintas di fikiran aku:
1. Mana mungkin bulan Mei kolej kediaman pelajar kampus Pakan akan siap sepenuhnya, aku tak yakin. Bukan nak menunjuk lagak, cuma ada la experience sikit dgn civil work ni. Masa aku kat industri, kerja buat jamban pun contractor minta extend. Inikan pula bangunan kediaman untuk lebih kurang 640 orang.
2. Dengan keadaan yang ada sekarang, ia tak condusive. mana kafe, mana kedai fotostat, mana surau/masjid yg selesa, mana tempat riadah yang sesuai? Bila kita ckp pasal hak, semua org cakap 'timbang rasalah, kita universiti baru nak membangun'. Ungkapan tu memang betul, tapi sebelum berkata mcm tu, kena akuilah hak student. Sebab itu dah dijanjikan kepada student. Jgn ingat benda ni tak dipersoalkan di akhirat kelak. Langsung tiada rasa bersalah terhadap student.
3. Rasa bersyukur sangat aku dapat masuk U yang establish masa undergrad dulu. And aku tabik kat budak2 UMP yang cekal datang ke Pekan hari2. Syabas, InsyaAllah, jika berjuang ikhlas kerana Allah, anda semua akan berjaya..
Rasanya itu sahaja yang aku dapat fikirkan, Nak tulis lebih2, takut akan menimbulkan pertikaian..

Sunday, April 4, 2010
MALACCA Bersejarah
Salam..
Dah lama tak jejak kaki ke Melaka. Matrik Londang adalah tempat terakhir aku jejak. 2001. lama betul dah hampir 10 tahun. Kali ni datang wedding meor, best friends aku kat RMC dulu. Kaki sigop, sneak out, ponteng kelas, ragging semuanyer dengan mamat ni.. lepak homestay rumah member aku, Rodi, lecturer UTEM, dapat free gitu.. sempat gi zoo melaka jer.. malamnyer gi melaka mall jer (ntah betul ke melaka mall, aku pun x ingat)..

Subscribe to:
Comments (Atom)