Monday, May 3, 2010

Sabar

Hari ni hamba ada baca satu artikel. Kalau berdasarkan tajuk memang tak berapa menarik pun, "Bukan Cinta Biasa". Tergerak hati untuk membaca kerana mungkin ada hidden story dalam artikel ini. Ya, mengisahkan nilai kasih sayang dan cinta dalam rumah tangga dengan mengambil contoh persoalan keimanan Siti Hajar bila ditinggal Nabi Ibrahim a.s dan peyembahan korban Nabi Ismail a.s, anakanda tercinta. Cinta mutlak adalah kepada Allah swt semata-mata.

    Apa yang menarik perhatian hamba adalah satu ungkapan dalam artikel ini.
     
      " Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama..... tetapi oleh orang yang sabar."

Ungkapan di atas adalah merujuk kepada pasangan suami isteri dalam satu-satu perkahwinan. Tetapi bila hamba baca, hamba tidak melihat ke arah itu. Hamba cuba membawanya ke dalam erti kata kejayaan seseorang individu dalam kehidupannya. Hamba terfikir, adakah bila hamba mendapat Master, PhD, banyak menjawat jawatan, nama selalu ditutur dibibir, menjadi consultant kepada pihak lain, hamba sudah dikira berjaya? Hamba berfikir sejenak. Mungkin tidak. Kerana jika hamba tidak mendapat Master, PhD, tiada jawatan, tidak dikenali, hanya menjadi tukang cuci, hamba tidak di kira berjaya? Tidak jugak.

  Hamba cuba menoleh kepada beberapa contoh yang selalu di papar kan di dada-dada akhbar. Seorang ibu tunggal yang hanya menjual kuih, dapat membesarkan kesemua anaknya hingga berjaya. Seorang bapa yang bekerja sebagai nelayan, penoreh getah, dan sebagainya, dapat mendidik anak-anak hingga menjawat jawatan tinggi dalam hidup. Ya, kita akan nampak yang si anak yang berjaya dalam hidup, bukannya si ibu atau si bapa.

Bila hamba merenung kembali, si ibu dan bapalah yang berjaya. Biarpun pendapat cuma RM10 sehari, tetapi anak-anak tidak diabaikan. Di manakah punca kekuatan mereka? Sedarlah hamba, kekuatan itu adalah kekuatan KESABARAN. Tanpan kesabaran, mana mungkin dapat mereka pikul tanggungjawab yang berat ini. Kesabaran yang ditambah dengan keimanan yang teguh kepada Allah swt serta tawakal kepadaNya.

Hamba menasihati diri hamba, apa jua yang Allah berikan, terimalah dengan redha. Memang ada sebelum ini hamba merungut jika ada yang hamba hajati tidak hamba perolehi. Biarlah ada yang mengatakan hamba dianiaya atau sebagainya, itu terserahlah kepada mereka. Setiap apa yang kita lakukan ada balasan di akhirat kelak. Yang penting bagi hamba sekarang, bersabarlah sepanjang masa, InsyaAllah kita akan berjaya..

Wasalam

No comments:

Post a Comment